Page 121 - Demo
P. 121


                                    Kesimpulannya, Lonjakan Penuaan Produktif merupakan pendekatan strategik yang penting dan tepat pada masanya dalam menangani cabaran sosioekonomi warga emas, khususnya di kawasan bandar seperti Wilayah Persekutuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi dan struktur demografi yang semakin menua. Dengan memberi fokus kepada tiga strategi utama iaitu peluang pekerjaan dan keusahawanan, keusahawanan sosial, serta industri kreatif. Lonjakan ini membuka ruang kepada warga emas untuk kekal relevan, menyumbang secara aktif dan menjana pendapatan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar. Ini secara langsung membantu mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kebajikan dan meningkatkan daya tahan kewangan warga emas, terutama dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pencen tetap atau simpanan persaraan yang mencukupi.Selain itu, Lonjakan Penuaan Produktif menyokong dan memperkukuh Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) 2021%u20132025 serta Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang menekankan prinsip pemerkasaan, penyertaan dan kesejahteraan warga emas secara holistik. Ia juga bersandarkan kepada pendekatan pembangunan yang lebih inklusif, dengan pelaksanaan program seperti MyKerjaFlex Emas@WP, geran mikro USAHAEMAS-WP dan koperasi EMASKOOP-WP, yang bukan hanya menyediakan bantuan ekonomi, tetapi juga mengembalikan rasa dihargai, harga diri dan kepunyaan sosial dalam kalangan warga emas. Inisiatif seperti insentif lesen tapak perniagaan, pengaktifan kebun komuniti dan ruang budaya turut memperluas ruang keterlibatan dalam ekonomi setempat, di samping memupuk semangat untuk saling menyokong antara generasi.LONJAKAN 4 PENUAAN PRODUKTIF110
                                
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125