Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KONTINJEN LABUAN BAKAL MENGGALAS CABARAN DI SUKAN PERSAHABATAN BIMP-EAGA SABAH 2026

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Labuan bagi menghadapi Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Sabah 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 27 November ini.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan YBrs. Encik Helmi bin Bali, Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan.
Seramai 82 atlet bakal membawa cabaran Labuan dengan sasaran 7 pingat emas, 11 perak dan 9 gangsa. Diharapkan seluruh kontinjen dapat memberikan prestasi terbaik, menampilkan semangat juang yang tinggi serta mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan.
INDA MAJAL, INDA BELURIH!