YB TIMBALAN MENTERI JPM (WILAYAH PERSEKUTUAN) MENGADAKAN KUNJUNGAN SULUNG KE LABUAN
16 Januari 2026
YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengadakan lawatan kerja rasmi ke WP Labuan.
Disamping bertujuan untuk melancarkan beberapa program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 Peringkat WP Labuan, beliau juga akan mengadakan pertemuan rasmi dengan pengurusan Perbadanan Labuan dan menghadiri beberapa program yang telah disusun atur.
Selamat Datang YB Datuk ke Mutiara Borneo, Wilayah Persekutuan Labuan. Perbadanan Labuan sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah atas lantikan dan sama-sama kita memacu kemajuan dan kegemilangan Wilayah Persekutuan Labuan.