YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah mempengerusikan Sesi Pembentangan Laporan Draf Rancangan Struktur Putrajaya 2050 (DRSP50) yang menjadi medan penting dalam meneliti perancangan pembangunan masa hadapan bandar WP Putrajaya secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, ekonomi, sosial dan kelestarian alam sekitar, selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh WP Putrajaya sebagai sebuah bandar pintar, mampan serta berdaya huni menjelang tahun 2050.
Sesi ini merupakan langkah penting dalam merangka hala tuju pembangunan jangka panjang WP Putrajaya sebagai bandar pintar, mampan dan berdaya huni, selaras dengan aspirasi negara menjelang tahun 2050. Pembentangan ini turut menjadi platform perbincangan strategik bagi memastikan perancangan bandar yang lebih tersusun, inklusif serta memenuhi keperluan masa depan warga Putrajaya.
Turut hadir dalam sesi pembentangan tersebut ialah YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, bersama pegawai kanan Perbadanan Putrajaya.