PELAKSANAAN PROJEK NAIK TARAF RM1JUTA KAMPUNG JERANTUT FERI CAPAI 100%
15 Januari 2026
YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyerahan Program Angkat MADANI bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Jerantut Feri.
Pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI JWP 2025 di Kampung Jerantut Feri telah berjaya disempurnakan 100% dengan peruntukan RM1 juta, merangkumi naik taraf infrastruktur dan pemerkasaan komuniti demi kesejahteraan kira-kira 4,000 penduduk.
Ini bagi memastikan kemudahan awam diselenggara secara mampan, selaras dengan pendekatan Whole of Government (WoG) dan nilai teras Malaysia MADANI.
Diharapkan kejayaan ini dapat menjadikan Kampung Jerantut Feri sebagai model Kampung Angkat MADANI, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat.