OPERASI KL STRIKE FORCE (AKTIVITI ORANG PAPA) BIL. 6/2025
16 Oktober 2025
YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan telah turun padang menyertai Ops KL Strike Force yang diketuai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Operasi ini turut disertai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, AADK WPKL, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Yayasan Kebajikan Negara dan Alam Flora.
Hasil tinjauan di beberapa lokasi hotspot sekitar Kuala Lumpur, seramai 101 orang papa telah diselamatkan dan ditempatkan di Pusat Gelandangan Medan Tunku.
Terima kasih kepada semua agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam menjayakan operasi ini.