Terima kasih kepada 100 sukarelawan hebat yang bersama-sama menanam 200 anak pokok bakau 🌱 serta membersihkan kawasan Taman Ekologi Paya Bakau Kinabenuwa hari ini! 🌳
Syabas kepada semua peserta daripada komuniti Wilayah Persekutuan Labuan, pelajar sekolah, pelajar-pelajar UMSKAL, pasukan CSR JWP dan Perbadanan Labuan (PL) serta Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) atas semangat dan dedikasi anda! 👏💪
Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin aspirasi Wilayah Persekutuan Labuan ke arah Wilayah Hijau dan Lestari, di mana kemajuan dinikmati tanpa mengabaikan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat 💯
Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.