Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MPPWP MEMPERKUKUH JARINGAN KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan watikah kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya sesi 2025-2028 pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPPWP. 

Peranan ahli MPPWP yang dilantik amat signifikan dalam menjayakan pelbagai inisiatif MADANI seperti Program PUJI, SejaTi MADANI, dan CHASE City dalam kemampanan pembangunan Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapan YB Menteri, pemberian elaun dan penambahan geran aktiviti telah disemak semula kali ini bagi membolehkan lebih banyak pelaksanaan program dalam kalangan komuniti dapat dilaksanakan merangkumi semua lapisan masyarakat.

Semua ahli MPPWP diharapkan dapat menjadi penggerak utama dalam merealisasikan aspirasi MADANI di peringkat komuniti.

Turut hadir, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (PESE) DBKL, YB Tuan Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, ahli-ahli parlimen, pengerusi-pengerusi zon dan sub zone serta pegawai-pegawai kanan JWP, DBKL dan PPj.

#DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja