Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PESERTA DAPUR DIGITAL PPR KERINCHI DAN INISIATIF PUJI@WPKL DISANTUNI

Unit Kemiskinan, Bahagian Sosio Ekonomi telah menyantuni beberapa peserta Program Usaha Jaya Insan (PUJI) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan peserta Program Dapur Digital di PPR Kerinchi.
Lawatan ini bertujuan memantau kesinambungan usaha peserta yang telah pun menerima latihan sewajarnya di dalam aspek pengendalian makanan dan juga pemasaran produk secara digital.
Keberkesanan program pendayaupayaan ini memberi kejayaan kepada peserta iaitu Encik Adnan bin Ahmad dan Puan Hasnah binti Md Rejab untuk memperoleh pendapatan sehingga RM 4,000 sebulan.
Di samping itu, hasil daripada kolaborasi bersama rakan strategik Pepper Labs Sdn Bhd, peserta-peserta Dapur Digital PPR Kerinchi berupaya untuk memasarkan produk mereka sendiri melalui aplikasi TikTok Live, sehingga mampu menjana pendapatan serta meneroka peluang perniagaan yang lebih besar.