PENGISIAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI DI SK TANAH ROM
11 September 2025
Sesi Kesihatan Pergigian di SK Tanah Rom telah berlangsung pagi tadi dan dijalankan oleh Klinik Pergigian Jerantut. Program ini merupakan sebahagian pengisian program Sekolah Angkat MADANI SK Tanah Rom. Para pelajar diberi taklimat dan demo cara memberus gigi dengan betul oleh pihak Klinik Pergigian Jerantut.
Seterusnya, disusuli pula dengan program gotong-royong keceriaan SK Tanah Rom melibatkan pihak Jabatan Wilayah Persekutuan, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), PIBG, guru-guru dan ibu bapa pelajar SK Tanah Rom. Aktiviti ini melibatkan kerja mengecat dinding bangunan, melukis mural, menaik taraf bangku duduk konkrit, menanam pokok bunga dan herba.