Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMBUKA PELUANG KEUSAHAWANAN DAN EKONOMI SARA DIRI

Kursus Asas Pertanian (Modul Kitchen Garden dan Ayam Penelur) telah dilaksanakan di Kg. Jerantut Feri, Pahang pada 26-27 Ogos 2025. Kursus ini merupakan salah satu aktiviti bukan fizikal di bawah Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Kg. Jerantut Feri anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Jerantut Feri. 

Seramai 35 orang peserta telah hadir menyertai kursus tersebut khususnya yang berminat untuk berkecimpung dalam projek tanaman dan ternakan ayam penelur secara kecil-kecilan di sekitar kediaman masing-masing. Kursus ini dirangka sebagai platform untuk membina kesedaran, kemahiran praktikal dan membuka peluang kepada ekonomi sara diri serta keusahawanan berasaskan pertanian. Diharap perkongsian ilmu teknik penanaman & penternakan yang berkesan daripada pihak Future Agro Academy selaku konsultan kursus ini akan dimanfaatkan oleh peserta kursus tersebut sebaiknya.