MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA AWAM SWASTA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TAPAK PERKUBURAN AWAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
06 Julai 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Awam Swasta: Pembangunan Tapak Perkuburan Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh penyediaan infrastruktur awam yang lebih terancang dan mampan.
Perjanjian kerjasama ini diwakili oleh tiga (3) pihak iaitu YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang mewakili Kerajaan Malaysia, YBrs. Puan Nahidah binti Usman, Pengarah Syarikat Harta dan Tanah Sdn. Bhd., serta YBhg. Dato' Zainol Abidin Mohamed, Timbalan Pengerusi Route Edge Sdn. Bhd.
Projek yang akan dibangunkan di Lot PT 3458, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) serta rakan pelaksana projek. Pembangunan ini merangkumi penyediaan 104,470 plot tanah perkuburan Islam lengkap dengan pelbagai kemudahan sokongan seperti surau, pejabat pentadbiran, kuarters, kafeteria, tandas dan rumah pengawal. Turut dilaksanakan ialah pembinaan jalan pintasan sepanjang 4.3 kilometer
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Kong Hon Kong, Pengasas Route Edge Sdn Bhd; YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia; YBhg. Dato' Haji Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan; pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan Wilayah Persekutuan serta Negeri Selangor bersama wakil-wakil syarikat.