Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA ROAD TO MAHA LABUAN 2026

YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas telah mengetuai lawatan tapak ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan bagi meninjau status persiapan penganjuran Road to MAHA Labuan 2026 yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 Julai 2026, semalam.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan aspek logistik, kemudahan dan infrastruktur di lokasi penganjuran berada pada tahap terbaik serta segala persiapan berjalan lancar mengikut perancangan.

Pada sebelah petang, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Road to MAHA Labuan 2026 Bilangan 5 Tahun 2026 yang melibatkan wakil-wakil agensi berkaitan. Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyelarasan akhir, pemantauan kemajuan setiap jawatankuasa serta tindakan susulan bagi memastikan penganjuran Road to MAHA Labuan 2026 berlangsung dengan teratur, lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.