Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KELANGSUNGAN KESEJAHTERAAN WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DIUTAMAKAN.

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Program Penstabilan Harga bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah telah diadakan pada hari ini, Selasa (7/7/2026) yang bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKPS) Negeri Sabah. Mesyuarat penting ini dihadiri oleh YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bersama-sama dengan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YB Datuk Julita Majungki yang telah dilantik selaku pengerusi bersama, bagi membincangkan langkah-langkah proaktif intervensi harga barangan asas.
Mesyuarat ini menjadi lensa fokus serta komitment utama bagi kesejahteraan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan dalam mendapatkan akses berterusan kepada barang-barang asas serta keperluan di tingkat harga yang stabil, adil dan berpatutan yang sekaligus dapat mengurangkan beban kos hidup insular bagi warga wilayahnya. Pada masa yang sama, mesyuarat ini turut membincangkan cabaran daripada segi kelancaran rantaian bekalan makanan antara negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan seperti memperkemaskan proses logistik dan pengedaran barang kawalan serta subsidi khusus untuk pasaran Wilayah Persekutuan Labuan bagi mengelakkan sebarang isu gangguan bekalan
Di samping itu, pelantikan YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), sebagai Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Program Penstabilan Harga bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri Sabah merupakan sebuah bentuk sinergi rentas wilayah yang selari dengan visi serta misi beliau untuk mengembangkan prestasi Wilayah Persekutuan Labuan. Melalui jaringan kerjasama strategik ini, setiap pihak yang terlibat sentiasa bergerak dalam memastikan keberkesanan program penstabilan harga di peringkat akar umbi.
Pihak Jabatan Wilayah Persekutuan komited untuk memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan sosioekonomi warga Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa diletakkan sebagai keutamaan tertinggi demi kemakmuran di masa yang akan datang.