YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara Round Island Kayak Race sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026. Cabaran ini menuntut ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dalam kalangan peserta ketika menempuh laluan mengelilingi pulau, sekali gus menyuntik semangat juang serta daya saing yang kental sepanjang perlumbaan. Dalam masa yang sama, penganjuran ini berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan air di Labuan, di samping menyerlahkan keindahan perairannya sebagai tarikan pelancongan maritim yang berpotensi dan berdaya saing. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.