Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKUKUH SINERGI PENGANGKUTAN LAUT LABUAN–MENUMBOK

YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara LDA Labuan (Holdings) Sdn Bhd dan Persatuan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok (PPBLM).
Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dan strategik dalam merangka penyelesaian holistik bagi memperkukuh sistem pengangkutan laut Labuan–Menumbok agar terus efisien, selamat dan berdaya tahan. Tumpuan diberikan kepada penyelarasan operasi dan logistik, penambahbaikan mekanisme operasi termasuk isu “unboard”, pengoptimuman jadual perjalanan serta potensi penambahan perkhidmatan bot, di samping memperkukuh sistem tempahan tiket dalam talian.
Usaha ini sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat, merancakkan ekonomi setempat dan memperkukuh hubungan dua wilayah secara berterusan.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, serta YBrs. En. Maswandie bin Maimoon, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS), bersama wakil agensi seperti Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pemain industri berkaitan.