Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


277,663 METER PERSEGI RUANG HIJAU DIKUNCI UNTUK RAKYAT, KUALA LUMPUR PERKUKUH LANGKAH KE ARAH “SPONGE CITY” 🌿

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan bahawa 45 kawasan hijau dan lapang tambahan melibatkan keluasan 277,663.90 meter persegi telah diwartakan dan dilindungi secara kekal di WP Kuala Lumpur. Pewartaan ini memastikan kawasan berkenaan kekal sebagai milik rakyat dan terus dimanfaatkan oleh komuniti.

Langkah ini menyokong aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar “sponge city” yang lebih tahan banjir, lebih sejuk dan selesa. Kini, jumlah keseluruhan kawasan hijau dan lapang yang telah diwartakan meningkat kepada 539 kawasan.

Turut hadir YB Puan Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen  Seputeh, YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Semoga usaha ini terus memelihara keseimbangan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup warga kota khususnya warga Wilayah Persekutuan.