YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi perjumpaan bersama kakitangan kumpulan pelaksana JWP.
Sesi ini bukan sahaja mempererat hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja, malah menjadi platform komunikasi dua hala yang lebih terbuka, telus dan berkesan.
Pelbagai pandangan, pengalaman serta cabaran di peringkat pelaksana turut dikongsi dalam suasana yang harmoni dan konstruktif.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kepimpinan dalam memahami realiti tugas harian kakitangan, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan, memantapkan kerjasama berpasukan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.