YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara serta diiringi YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Institut Integriti yang diwakili oleh YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkukuh budaya integriti serta memperkasa tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berprinsip.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh amalan integriti dalam pentadbiran, khususnya melalui pelaksanaan inisiatif seperti latihan, perkongsian kepakaran serta penambahbaikan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP). Usaha ini dilihat mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh kepercayaan rakyat serta memastikan setiap dasar dan tindakan dilaksanakan dengan penuh ketelusan, akauntabiliti dan berteraskan nilai tadbir urus yang baik.