YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, turun padang bersama warga JWP dalam aktiviti rewang memasak bubur lambuk sempena program Semarak Ramadan JWP β BH. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Berita Harian, KESWIP dan Surau Al-Ehsan.
Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk serta bakul makanan sumbangan Jasmine telah disediakan untuk diagihkan kepada Surau Wahbah Al-Zuhaily F18R12, Surau Abdul Rahman Auf, Zon 4A Presint 11 serta warga JWP. Program ini merupakan satu inisiatif murni untuk menyantuni masyarakat setempat sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga inisiatif seperti ini bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan dan ukhuwah, malah mencerminkan nilai prihatin, rahmah dan semangat kebajikan yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan rakyat.
Turut hadir YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datoβ Mohd Zulkifli Hashim, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Wilayah Persekutuan (KESWIP), YBrs. En. Zulkifli Jalil, Pengarang Berita Harian, YBrs. En. Thilinadan, Penolong Pengarang Berita Harian, YBrs. En. Luqman Adrine Jaafar, Ketua Pegawai Operasi (COO), NSTP, bersama warga kerja Berita Harian bagi memeriahkan program tersebut.