Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Ceramah Semarak Ramadan bertajuk “Ramadan Yang Dirindui” di Dewan Serbaguna JWP, Menara Seri Wilayah.
Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Elyas Ismail yang berkongsi penghayatan tentang keistimewaan Ramadan serta kepentingan memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini.
Program ini menjadi ruang menambah ilmu dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga Menara Seri Wilayah 🤍