Riak wajah pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadan Labuan Walk berseri-seri apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan untuk meluangkan masa di Bazar Ramadan Labuan Walk sebentar tadi dan menghabiskan masa lebih kurang dua jam di sana bagi beramah-mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar. Baginda berdua juga berkenan untuk membeli juadah sungkai di bazar tersebut.