TINJAUAN KE PPDK PRESINT 11 PUTRAJAYA KINI CANTIK CERIA
28 Disember 2023
YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pengurusan) Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa membuat tinjauan di sekitar premis Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sindrom Down, Blok F, Pangsapuri Putra Damai, Presint 11 Putrajaya semalam. Beliau seterusnya merasmikan program gotong-royong di PPDK tersebut dan sempat beramah mesra dengan tenaga pengajar serta warga PPDK.
PPDK Sindrom Down
ini ditubuhkan pada 1 Mac 2019 dan bergerak sebagai sebuah NGO dibawah JKM. Pada masa kini pusat ini menyediakan perkhidmatan Program Intervensi Awal (PIA) & Pra Sekolah kepada OKU Sindrom Down dan menerima pelajar seawal usia 4 tahun. Untuk tahun ini terdapat 29 orang kanak-kanak Sindrom Down di pusat ini yang rata-ratanya berasal dari keluarga B40 sekitar Putrajaya & kawasan sekitarnya(Selangor).