Page 92 - Demo
P. 92


                                    MATLAMATMatlamat utama Lonjakan Penuaan Positif ialah untuk memperkukuh kesejahteraan psikososial dan spiritual warga emas secara holistik, dengan menekankan pembangunan emosi individu yang berdaya, mempunyai literasi kendiri, jati diri yang kukuh serta amalan hidup sihat yang berterusan. Pendekatan ini menyasarkan warga emas yang bukan sahaja sihat secara fizikal, tetapi juga tenang secara dalaman, dihargai, berperanan aktif dalam komuniti dan mempunyai ruang untuk ekspresi diri serta sokongan rohani yang inklusif. Ia memperkasakan warga emas sebagai individu yang terus menyumbang melalui pembelajaran sepanjang hayat, keterlibatan dalam aktiviti reflektif dan keagamaan, serta hubungan sosial yang bermakna dengan mengangkat mereka sebagai penjaga nilai dan penyambung warisan antara generasi.Lonjakan ini selaras dengan aspirasi Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Sosial Negara 2030, yang menggariskan keperluan pendekatan menyeluruh meliputi lima dimensi kesejahteraan: fizikal, emosi, sosial, spiritual dan persekitaran. Ia juga berpaksikan nilai Malaysia MADANI, yang mengangkat prinsip ihsan, kasih sayang dan penghormatan kepada warga emas sebagai asas pembentukan masyarakat yang beradab dan inklusif. Dalam kerangka ini, warga emas tidak lagi dilihat sebagai beban atau penerima bantuan semata-mata, tetapi sebagai aset sosial yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti melalui pengalaman, hikmah dan nilai yang mereka warisi dan kongsikan. Penuaan yang positif bermakna hari tua yang bermaruah, produktif dan penuh makna.Menjelang tahun 2030, Wilayah Persekutuan akan membentuk komuniti warga emas yang sejahtera dari segi emosi dan spiritual melalui pelaksanaan program yang holistik dan menyeluruh. Sekurang-kurangnya 80% warga emas akan menyertai sekurang-kurangnya satu program kesedaran atau ekspresi diri setiap tahun. Hal ini mencerminkan keterlibatan aktif dan rasa dihargai dalam komuniti. Sebanyak 30 program kerohanian merentas agama akan dilaksanakan di taman dan pusat komuniti sebagai platform sokongan rohani yang inklusif. Di samping itu, 15 lokasi e-Nurani dan Sensory Garden akan dibangunkan secara inklusif bagi menyediakan ruang terapeutik yang mendamaikan dan menyokong kesejahteraan psikososial. Inisiatif kesedaran turut diperkasa melalui penghasilan 25 bahan digital berbentuk video atau TikTok Sihat Emas, manakala 15 ruang ekspresi kreatif LakaranEMAS akan diwujudkan melalui seni mural komuniti sebagai wadah ekspresi diri warga emas yang berinspirasi dan bermakna. Akhirnya, pelaksanaan matlamat ini akan menyumbang secara langsung kepada pembentukan Wilayah Persekutuan sebagai komuniti inklusif, mesra usia dan berteraskan kasih sayang, sejajar dengan prinsip bandar mesra usia WHO dan kerangka Dasar Sosial Negara 2030. 81
                                
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96