Page 89 - Demo
P. 89
ISUDi Wilayah Persekutuan, peningkatan penduduk warga emas semakin ketara berikutan peningkatan jangka hayat, namun cabaran yang timbul bukan sekadar berkaitan penjagaan fizikal dan perubatan, tetapi lebih mendalam melibatkan aspek psikososial, kesejahteraan spiritual, pengiktirafan kendiri, serta rasa kepunyaan terhadap komuniti. Penuaan positif menuntut supaya warga emas dilihat bukan sebagai beban, tetapi sebagai individu yang mempunyai potensi, nilai dan sumbangan berterusan kepada masyarakat.Berdasarkan laporan WHO dan Global Age-Friendly Cities Framework, persekitaran bandar seperti di Wilayah Persekutuan sering kali tidak direka bentuk secara menyeluruh untuk menyokong kesejahteraan holistik warga emas. Banyak struktur fizikal dan sistem sosial gagal memenuhi keperluan emosi, spiritual dan psikologi warga emas. Kajian menunjukkan bahawa pengasingan sosial, perasaan tidak dihargai, kehilangan peranan dalam masyarakat dan kurangnya ruang ekspresi diri memberi kesan langsung kepada kualiti hidup warga emas. Dasar Warga Emas Negara (DWEN) menegaskan bahawa warga emas harus diberikan penghormatan dan peluang untuk mengoptimumkan potensi diri dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Ini termasuk peluang untuk menyumbang dalam bentuk bukan formal seperti perkongsian nilai, penjagaan cucu dan aktiviti komuniti. Namun begitu, akses terhadap program-program ini masih terhad terutamanya bagi golongan warga emas yang tinggal bersendirian, berpendapatan rendah atau kurang jaringan sokongan kekeluargaan.Menurut Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas (PTPKWE 2023%u20132030), pendekatan kesihatan warga emas perlu beralih daripada sekadar rawatan klinikal kepada pendekatan yang menyeluruh dan holistik, termasuk intervensi psikososial dan peningkatan kualiti hidup seharian. Di samping itu, Dasar Sosial Negara 2030 menekankan keperluan membina sistem sosial yang inklusif dan penyayang, di mana warga emas dihargai, disertakan dalam proses membuat keputusan dan disokong untuk terus aktif menyumbang dalam kapasiti masing-masing. Tambahan pula, Active Ageing Index Malaysia menunjukkan bahawa penglibatan warga emas dalam aktiviti sosial dan nilai kekeluargaan seperti menjaga cucu serta menyertai aktiviti komuniti mempunyai korelasi langsung dengan kesejahteraan psikologi dan emosi. Namun demikian, tahap penyertaan sukarela dan politik masih rendah, menunjukkan perlunya pelan tindakan yang lebih inovatif dan mesra usia.Isu lain yang turut menghalang pencapaian penuaan positif termasuk kekurangan ruang hijau dan biru yang terapeutik di kawasan bandar, keterbatasan aktiviti kerohanian awam yang bersifat reflektif, serta jurang antara generasi yang melemahkan perkongsian nilai antara warga emas dan golongan muda. Kebanyakan pendekatan kini masih terlalu menumpukan kepada %u201cmenjaga%u201d berbanding %u201cmendayaupayakan%u201d warga emas. Oleh itu, isu sebenar penuaan positif bukan hanya terletak pada menyediakan fasiliti atau rawatan kesihatan, tetapi LONJAKAN 3 PENUAAN POSITIF78

