Page 90 - Demo
P. 90


                                    STATUS SEMASA DAN PENCAPAIANPenuaan positif seperti yang digariskan dalam Dasar Warga Emas Negara (DWEN), memberi penekanan kepada nilai-nilai dalaman seperti keyakinan diri, jati diri, pengiktirafan sosial, serta falsafah hidup yang optimistik dalam kalangan warga emas. Ia menekankan pembangunan holistik yang merangkumi kesejahteraan fizikal, emosi, spiritual dan sosial. Penuaan positif bukan hanya tertumpu kepada keterlibatan dalam aktiviti harian atau ekonomi namun ia lebih daripada itu. Namun begitu, pendekatan ini masih belum diguna pakai secara menyeluruh dan dominan dalam kerangka pelaksanaan di peringkat wilayah dan tempatan.Di Wilayah Persekutuan, program yang dilaksanakan lebih cenderung kepada penuaan aktif dan sihat contohnya aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma dan bengkel kemahiran asas ICT. Sementara itu, inisiatif berkaitan penuaan positif seperti terapi spiritual, refleksi nilai hidup, harga diri dan pembangunan diri masih belum diarusperdanakan secara sistematik terutamanya dalam kalangan warga emas rentan seperti golongan B40 dan warga emas yang tinggal bersendirian.Walaubagaimana pun, pendekatan positif telah pun bermula termasuk kerjasama masjid dan pusat komuniti untuk sesi tazkirah, motivasi jiwa dan pembelajaran informal. Walaupun wujud program-program yang menyentuh aspek kerohanian dan refleksi, pelaksanaannya masih terhad dan tidak diselaraskan di bawah satu kerangka penuaan positif yang menyeluruh. Selain itu, inisiatif hub pelbagai generasi dan pembangunan ruang hijau dan biru terapeutik seperti yang dicadangkan dalam EMAS-WP 2025%u20132030 berpotensi besar menyokong kesalinghubungan antara generasi dan kesejahteraan psikososial. Namun, data impak terhadap pembentukan makna hidup, kesejahteraan emosi dan penglibatan rohani masih belum tersedia dan tiada petunjuk khusus digunakan untuk menilai elemen %u201cpositif%u201d dalam penuaan secara berstruktur.Maka, terdapat keperluan mendesak untuk memperluas pelaksanaan penuaan positif sebagai satu kerangka dasar, bukan sekadar inisiatif berasingan, selaras dengan WHO Global Network of Age-Friendly Cities dan aspirasi Dasar Sosial Negara 2030 untuk mewujudkan masyarakat yang menyeluruh, penyayang dan bermaruah.merangkumi keperluan lebih besar untuk membentuk ekosistem masyarakat yang membina rasa makna hidup, pengiktirafan, penglibatan bermakna dan spiritualiti. Ini memerlukan pendekatan menyeluruh dan intersektoral serta digerakkan melalui EMAS-WP 2025%u20132030 melalui jaringan komuniti.79
                                
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94