Page 91 - Demo
P. 91
KEPENTINGANLonjakan Penuaan Positif ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan kesejahteraan psikososial dan spiritual warga emas, selaras dengan keperluan sebenar warga emas dalam persekitaran bandar yang kompleks. Penuaan bukan sekadar proses fizikal, tetapi melibatkan aspek emosi, spiritual, sosial dan nilai kendiri yang sering terpinggir dalam pembangunan dasar arus perdana.Melalui strategi seperti advokasi dan pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kesejahteraan emosi dan spiritual, serta pembudayaan amalan kebersihan, lonjakan ini menyediakan intervensi menyeluruh yang mengiktiraf warga emas sebagai insan yang terus berpotensi menyumbang. Inisiatif seperti penyediaan ruang sokongan rohani, media kesedaran digital, serta ruang ekspresi warga emas bukan sahaja memperkukuh sokongan psikologi, malah menjadikan warga emas lebih dihargai dan bermakna dalam masyarakat.Kerangka ini juga menyokong aspirasi Dasar Kesihatan Warga Emas Negara dan WHO Age-Friendly Cities Framework dengan memberi penekanan kepada literasi kesejahteraan, hubungan sosial berkualiti dan persekitaran terapeutik yang inklusif. Lonjakan ini memperkukuh nilai ihsan, kasih sayang dan hormat antara generasi, sekali gus membina keharmonian sosial melalui penghargaan terhadap pengalaman, kebijaksanaan dan sumbangan warga emas.Akhirnya, Lonjakan Penuaan Positif adalah asas kepada pembentukan komuniti yang sejahtera, bersatu dan saling menghormati iaitu warga emas dilihat bukan sebagai penerima pasif, tetapi sebagai aset sosial yang menyumbang secara aktif kepada nilai, warisan dan kelestarian masyarakat.LONJAKAN 3 PENUAAN POSITIF80

