Page 86 - Demo
P. 86


                                    Penuaan Aktif dirangka sebagai satu pendekatan strategik untuk memastikan warga emas Wilayah Persekutuan terus menjalani kehidupan yang sihat, bermakna dan berinteraksi secara aktif dalam komuniti. Lonjakan ini bukan sahaja menekankan penyertaan dalam aktiviti fizikal dan sosial, malah turut memberi perhatian kepada kesaksamaan jantina, keselamatan, akses digital dan kesenian yang merangkumi semua latar belakang warga emas.Melalui pelaksanaan empat strategi utama iaitu gaya hidup sihat dan rekreasi mesra usia, penyertaan sosial dan komuniti, penguasaan teknologi asas, serta jaminan keselamatan dan kesejahteraan berterusan, lonjakan ini bertujuan mewujudkan sebuah persekitaran yang inklusif, mesra usia dan menyokong penyertaan aktif tanpa diskriminasi.Pelaksanaan secara berfasa dari tahun 2026 hingga 2030 membolehkan pembangunan program yang tersusun, pemerkasaan fasiliti komuniti dan mobilisasi rakan strategik secara berterusan. Impak yang dijangkakan termasuk peningkatan kualiti hidup warga emas, pengurangan pengasingan sosial, serta penglibatan aktif mereka dalam aktiviti bermasyarakat.Secara keseluruhan, pelaksanaan lonjakan ini menzahirkan komitmen semua pihak seperti kerajaan, NGO, komuniti dan sektor swasta dalam menjadikan penuaan aktif sebagai realiti yang mampan di Wilayah Persekutuan, selaras dengan aspirasi bandar mesra usia.LONJAKAN 2 PENUAAN AKTIF75
                                
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90