Page 73 - Demo
P. 73
KAEDAHBagi mencapai hasrat ini, Lonjakan Penuaan Aktif ini akan memberi fokus kepada:1.Menyediakan persekitaran aktif untuk warga emas melalui pelaksanaan program gaya hidup sihat dan aktif serta pembangunan ruang rekreasi awam yang dilengkapi ciri-ciri mesra usia;2.Meningkatkan penyertaan sosial secara aktif oleh warga emas dengan menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sosial dan bermasyarakat serta memberikan pengiktirafan kepada warga emas yang aktif dan menyumbang;3.Merapatkan jurang digital dan meningkatkan literasi teknologi serta keselamatan siber warga emas dengan menyediakan akses kepada latihan literasi digital mesra usia dan kesedaran keselamatan digital; dan4.Memperkasa kebajikan penduduk melalui pemerkasaan komuniti prihatin yang menyokong kesejahteraan warga emas secara inklusif dan berterusan.LONJAKAN 2 PENUAAN AKTIF62

