Page 72 - Demo
P. 72


                                    gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas. Warga emas bukan sahaja hadir dalam ruang fizikal tersebut, tetapi benar-benar menggunakannya secara konsisten dan selamat untuk bersosial, beriadah dan menyumbang. Pencapaian juga akan terserlah apabila semakin ramai warga emas terlibat secara aktif dalam kehidupan sosial komuniti dengan menyertai aktiviti antara generasi, menjadi penggerak program komuniti, serta memainkan peranan sebagai penjaga nilai budaya, mentor dan penyumbang kepada jaringan sokongan sosial. Komuniti yang berjaya adalah komuniti yang dapat mengekalkan warga emas sebagai bahagian penting dalam kehidupan kolektif, bukan yang membiarkan mereka menyendiri. Dalam era digital, kejayaan Penuaan Aktif akan bermakna apabila jurang digital dalam kalangan warga emas dapat dirapatkan dengan ketara. Ini termasuk pertambahan warga emas yang celik teknologi, mampu menggunakan peranti digital secara berdikari dan tahu melindungi diri daripada ancaman siber. Literasi digital bukan lagi keistimewaan segelintir, tetapi menjadi kemahiran asas yang membolehkan warga emas terus berhubung, mengakses maklumat dan menyuarakan pendapat secara bermaruah. Kejayaan Penuaan Aktif juga dapat dilihat melalui komuniti yang berfungsi sebagai sistem sokongan aktif. Melalui rangkaian kepimpinan komuniti termasuk pemimpin blok dan sukarelawan tempatan, kebajikan warga emas yang berisiko dapat dikenal pasti dan dibantu lebih awal. Dalam komuniti seperti ini, tiada warga emas yang terpinggir tanpa disedari, kerana masyarakat itu sendiri berperanan melindung, mendekati dan menghubungkan mereka semula dengan sistem sokongan.Oleh itu menjelang tahun 2030, sekurang-kurangnya 50% warga emas di Wilayah Persekutuan akan terlibat aktif dalam sekurang-kurangnya satu program sukan, rekreasi atau kecergasan komuniti setiap tahun, selari dengan usaha menjadikan 100% taman dan kawasan rekreasi awam utama mesra usia. Sebanyak 30 ruang aktiviti warga emas akan disediakan, disokong oleh pembentukan 1,000 orang sukarelawan dalam kalangan warga emas yang dilatih secara sistematik. Dalam tempoh sama, sekurang-kurangnya 5 orang penerima Anugerah Ikon/Tokoh Warga Emas Aktif Wilayah Persekutuan akan diraikan atas sumbangan cemerlang mereka. Bagi merapatkan jurang digital, 30 ruang aktiviti digital mesra usia akan dibangunkan dengan penyertaan minimum 100 warga emas dalam aktiviti e-sukan ringan, permainan interaktif, atau senaman digital. Di samping itu, sekurangkurangnya 20 pasukan sistem sokongan komuniti, termasuk Pasukan EMAS Prihatin, akan diwujudkan sebagai rangkaian bantuan dan pemantauan komuniti warga emas berisiko. Keseluruhannya Penuaan Aktif ini akan menghasilkan Wilayah Persekutuan yang bukan sahaja mesra usia dari segi fizikal, tetapi juga dari segi sosial dan teknologi iaitu sebuah bandar yang menghormati, mengiktiraf dan memanfaatkan potensi warga emas sebagai sebahagian penting dalam membina masa depan yang mampan dan sejahtera untuk semua. 61
                                
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76