Page 71 - Demo
P. 71


                                    KEPENTINGANLonjakan Penuaan Aktif penting kerana ia meletakkan warga emas sebagai tonggak komuniti yang masih berdaya, berperanan dan dihargai. Dalam konteks urbanisasi dan perubahan struktur keluarga, warga emas berdepan risiko pengasingan, kesunyian dan ketidakterlibatan sosial. Oleh itu, menyediakan persekitaran yang menggalakkan gaya hidup aktif seperti ruang awam mesra usia dan kemudahan komuniti yang selamat adalah sangat diperlukan. Inisiatif ini bukan sekadar menyokong kesihatan fizikal tetapi juga menjadi asas kepada keterlibatan sosial dan rasa bermakna dalam kehidupan harian mereka.Lonjakan ini juga penting kerana ia mengiktiraf bahawa warga emas perlu terus menyumbang kepada masyarakat melalui hubungan sosial yang erat dan berterusan. Penglibatan aktif mereka dalam aktiviti komuniti dapat membina jati diri, memperkukuh perpaduan antara generasi dan mengekalkan keterhubungan yang mencegah pengasingan sosial. Dalam era digital pula, warga emas tidak boleh dibiarkan ketinggalan. Lonjakan ini menangani cabaran ketaksamaan akses teknologi dan kurangnya pengetahuan keselamatan siber dengan memberi ruang kepada warga emas untuk celik digital, sekaligus membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden yang semakin bergantung kepada teknologi.Lebih mendasar, lonjakan ini memperkukuh prinsip komuniti penyayang melalui penglibatan warga setempat dalam mengenal pasti dan menyokong warga emas yang berisiko tinggi termasuk yang terpinggir, uzur, atau kesunyian melalui sistem sokongan berasaskan kejiranan. Dengan cara ini, warga emas bukan sahaja dilindungi, tetapi turut dihargai sebagai sebahagian daripada sistem sosial yang saling menyokong. Mereka bukan lagi dianggap beban, tetapi pemangkin kesejahteraan komuniti yang stabil dan inklusif.Kesimpulannya, Penuaan Aktif penting kerana ia memberi naratif baharu tentang penuaan daripada ketidakupayaan kepada keberdayaan, daripada pengasingan kepada penyertaan. Ia memastikan warga emas terus menikmati kehidupan yang bermaruah, aktif dan bermakna, sambil menyumbang kepada masyarakat yang lebih penyayang, inklusif dan sejahtera untuk semua peringkat umur.LONJAKAN 2 PENUAAN AKTIFMATLAMATLonjakan Penuaan Aktif akan dianggap berjaya apabila warga emas di Wilayah Persekutuan dapat menikmati kehidupan yang aktif, bermakna dan inklusif dalam persekitaran yang menyokong mereka secara menyeluruh. Kejayaan akan dilihat apabila lebih banyak ruang awam, kemudahan kejiranan dan infrastruktur bandar direka bentuk semula agar mesra usia dan mendorong pergerakan bebas serta 60
                                
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75