Page 70 - Demo
P. 70
STATUS SEMASA DAN PENCAPAIANJabatan Wilayah Persekutuan melalui pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan pelbagai inisiatif penuaan aktif yang kini diperkukuh menerusi Pelan Hala Tuju CHASE City 2025%u20132029. Jabatan Wilayah Persekutuan, melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL), telah melaksanakan pelbagai usaha bagi menggalakkan penuaan aktif dalam kalangan warga emas di ketiga-tiga wilayah. Di Kuala Lumpur, DBKL menganjurkan program berkala seperti Health Week, Senamrobik Warga Emas dan Jom Jalan 10,000 Langkah yang bukan sahaja menyokong kecergasan fizikal tetapi juga memperkukuh interaksi sosial. Inisiatif ini telah dilaksanakan secara berterusan dan direkodkan dalam Laporan Tahunan DBKL 2020 sebagai sebahagian daripada pendekatan komuniti sihat dan inklusif. Dari aspek persekitaran fizikal yang menyokong keterlibatan warga emas, DBKL turut membangunkan Garis Panduan Perancangan Kawasan Lapang dan Perumahan Mesra Emas yang memberi penekanan kepada kemudahan ruang awam yang boleh diakses dengan mudah, selamat dan mesra usia selaras dengan prinsip bandar mesra usia.Putrajaya pula memperkukuh penuaan aktif melalui pengoperasian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di D%u2019Kiblat Walk yang berperanan sebagai pusat interaksi sosial, pembelajaran, kesukarelawanan dan spiritual warga emas. PAWE Putrajaya menawarkan pelbagai program seperti kelas senaman ringan, aktiviti keagamaan, bengkel kemahiran, serta latihan teknologi asas menjadikannya sebagai ruang penting untuk memupuk rasa dimiliki, berguna dan bermakna dalam kalangan komuniti warga emas. Kejayaan pusat ini diiktiraf apabila dinobatkan sebagai PAWE paling aktif peringkat kebangsaan tahun 2022. Selain itu, Putrajaya juga menyediakan taman-taman komuniti yang mendorong warga emas untuk terlibat secara aktif melalui aktiviti seni, rekreasi dan budaya.Di Labuan, Perbadanan Labuan (PL) telah melaksanakan pendekatan berasaskan komuniti bagi menyokong penuaan aktif. Melalui Pertubuhan PAWE Labuan, warga emas digalakkan untuk menyertai aktiviti sosial dan rekreasi termasuk senamrobik, ceramah komuniti, pertandingan taman cantik dan gotong-royong. Di samping itu, taman rekreasi seperti Taman Damai dan Taman Muhibbah telah dinaiktaraf dengan kemudahan mesra usia seperti laluan rata, bangku rehat dan pencahayaan malam.59

