Page 69 - Demo
P. 69
ISUPenuan aktif merupakan asas penting dalam usaha menjamin kesejahteraan warga emas. Namun pelbagai cabaran masih wujud yang membantutkan potensi warga emas untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat. Antaranya ialah kekurangan program sukan dan rekreasi yang disesuaikan dengan kemampuan fizikal warga emas. Aktiviti yang disediakan sering kali tidak mengambil kira masalah kesihatan seperti arthritis, jantung dan keterbatasan mobiliti. Tanpa bimbingan profesional, risiko kecederaan semakin meningkat, menyebabkan ramai warga emas memilih untuk tidak menyertai aktiviti fizikal secara berkala. Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2018, hanya 25.8% warga emas di Malaysia memenuhi tahap aktiviti fizikal yang disyorkan (Institute for Public Health, 2019). Selain itu, kemudahan fizikal yang tidak mesra warga emas turut menjadi penghalang. Kekurangan ruang awam seperti taman rekreasi dan laluan berjalan kaki yang selamat, rata, bercahaya dan mempunyai tempat rehat yang tidak mencukupi menyebabkan warga emas tidak mempunyai akses yang sesuai untuk menjalani aktiviti luar. Dari segi penyertaan sosial, ramai warga emas tidak terlibat dalam komuniti disebabkan kurang galakan, kekangan pengangkutan awam dan rasa terasing dengan program yang dijalankan. Kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menunjukkan bahawa lebih 40% warga emas menyatakan mereka jarang atau tidak pernah menyertai sebarang aktiviti komuniti dalam tempoh enam bulan terakhir, yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental dan emosi mereka (IYRES, 2020). Isu jurang digital turut menambahkan kesenjangan dalam kalangan warga emas, khususnya pasca pandemik COVID-19 apabila banyak perkhidmatan kesihatan dan sosial beralih ke platform digital. Kekurangan celik teknologi, peranti yang sesuai dan latihan penggunaan menyebabkan ramai warga emas ketinggalan dalam penyertaan aktiviti maya. Laporan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC, 2022) menunjukkan bahawa hanya 18% warga emas menggunakan internet secara aktif, berbanding 88% dalam kalangan populasi dewasa umum.Akhir sekali, aspek keselamatan juga menjadi isu penting. Warga emas sering menjadi sasaran jenayah seperti ragut, penipuan dalam talian dan eksploitasi kewangan, terutama dalam persekitaran bandar. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes jenayah terhadap warga emas sebanyak 20% antara tahun 2021 hingga 2023 (PDRM, 2024). Ini menimbulkan kebimbangan bukan sahaja terhadap keselamatan fizikal tetapi juga kesejahteraan emosi warga emas yang mudah terjejas akibat trauma atau kehilangan sumber kewangan. Oleh itu, isu-isu ini perlu ditangani secara menyeluruh melalui perancangan strategik yang mengutamakan akses kepada program sukan dan riadah yang sesuai, kemudahan awam yang inklusif, sokongan penyertaan komuniti, literasi digital serta jaminan keselamatan yang menyeluruh kepada warga emas.LONJAKAN 2 PENUAAN AKTIF58

