Page 39 - Demo
P. 39
Salah satu intervensi komuniti untuk kelangsungan penglibatan masyarakat dalam aktiviti penjagaan warga emas adalah penubuhan Kelab Warga Emas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penubuhan kelab ini sangat digalakkan kerana ia dapat menyediakan ruang dan persekitaran kepada warga emas agar terus aktif dalam masyarakat. Kelab Warga Emas menunjukkan trend yang tidak konsisten antara tahun 2014 hingga 2022, dengan bilangan tertinggi dicatatkan pada tahun 2018 iaitu sebanyak 296 kelab, manakala penurunan ketara berlaku pada tahun 2016 dan 2017 masing-masing kepada 224 dan 233 kelab. Walaupun berlaku penurunan kepada 265 kelab pada tahun 2022, usaha berterusan melalui penubuhan PAWE membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan ruang interaksi sosial dan program intervensi yang menyokong kesejahteraan warga emas secara lebih inklusif dan berstruktur di peringkat komuniti. Data terbaru menunjukkan sebanyak 256 kelab warga emas pada tahun 2024.05010015020025030035020142702017233202028420152852018296202128420162242019284202220232024265267256Bilangan Kelab Warga EmasSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia28

