Page 36 - Demo
P. 36
PERSEKITARANBerdasarkan laporan media dan analisis oleh Khazanah Research Institute dan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), menyatakan bahawa warga emas di Malaysia memerlukan fasiliti dan infrastruktur yang sesuai bagi menyokong kehidupan harian mereka, termasuk kemudahan kesihatan, rekreasi, pengangkutan dan perumahan yang mesra usia.Kajian menunjukkan bahawa kelemahan dalam penyediaan infrastruktur asas seperti tangga, lif, pengangkutan awam dan ruang sosial telah menjejaskan keupayaan warga emas untuk terus aktif dan berdikari. Oleh itu, keperluan kepada persekitaran yang inklusif dan mesra usia, termasuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR), amat mendesak agar kesejahteraan sosial dan kesihatan golongan ini dapat dipelihara dengan lebih menyeluruh. Cadangan turut dikemukakan agar kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan aktif dalam merancang pembangunan bandar dan perumahan yang menepati keperluan penuaan penduduk, selaras dengan aspirasi negara menuju status negara tua menjelang 2030.25

