Page 38 - Demo
P. 38


                                    Sumber: Jabatan Kebajikan MasyarakatSOSIAL DAN KESELAMATANBerdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 160 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) telah diwujudkan di seluruh negara melibatkan semua negeri dan wilayah persekutuan, dengan seramai 55,835 warga emas telah berdaftar dan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan. Pun begitu, jumlah penyertaan ini sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan warga emas di Malaysia. Tujuan utama penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah untuk menyediakan ruang sokongan sosial dan pembangunan diri kepada warga emas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang aktif, bermakna dan bermaruah dalam komuniti. PAWE berfungsi sebagai pusat pertemuan yang menggalakkan penuaan aktif melalui pelbagai aktiviti fizikal, mental, sosial dan spiritual, di samping menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat, kursus kemahiran serta khidmat rujukan berkaitan kebajikan dan kesihatan. Inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan pengasingan sosial, meningkatkan kesejahteraan dan memperkukuh jaringan sokongan dalam kalangan warga emas. Hal ini selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran mesra usia dalam menghadapi status negara tua.27
                                
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42