Page 41 - Demo
P. 41


                                    Bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 sahaja, seramai 990 warga emas menjadi mangsa penipuan dengan nilai kerugian mencecah RM130.4 juta, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak terhadap langkah perlindungan dan peningkatan kesedaran keselamatan siber bagi golongan ini. Sementara itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2024), jenayah %u201clove scam%u201d turut melibatkan warga emas berumur 61 tahun dan ke atas sebanyak 15.8 peratus. Manakala data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menunjukkan bahawa sehingga Ogos 2024, jumlah kerugian yang melibatkan warga emas mencecah RM255,000 atau 27.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kerugian yang direkodkan sebanyak RM914,051.00. Dalam tempoh tiga tahun, jumlah keseluruhan kerugian akibat penipuan dalam talian direkodkan sebanyak RM2.8 juta, dengan RM552,500 atau 20 peratus daripadanya melibatkan warga emas.30
                                
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45