Page 34 - Demo
P. 34
Isu kemiskinan dalam kalangan warga emas masih belum ditangani secara menyeluruh. Kajian oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menunjukkan bahawa kemiskinan warga emas bukan sahaja melibatkan kekangan kewangan, tetapi turut mencakupi kebergantungan terhadap anak, kekurangan simpanan persaraan dan ketiadaan pekerjaan tetap selepas usia bersara. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2023 juga menunjukkan bahawa 6.7 peratus daripada isi rumah warga emas masih berada di bawah paras kemiskinan, manakala majoriti mereka yang berumur 65 tahun ke atas tidak lagi menyumbang secara aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan dasar %u2018ekonomi perak%u2019 yang merangkumi penyediaan perumahan mampu milik, perlindungan insurans dan takaful khusus, serta pelaksanaan strategi jangka panjang untuk menjamin kelangsungan hidup warga emas secara lebih sejahtera dan bermaruah selepas bersara.23

