Page 110 - Demo
P. 110


                                    MATLAMATMatlamat utama Lonjakan Penuaan Produktif adalah untuk meningkatkan keupayaan ekonomi dan kemahiran warga emas secara berdaya saing, dengan memberi penekanan kepada penglibatan aktif mereka dalam bidang pekerjaan, keusahawanan, ekonomi sosial dan industri kreatif. Ini sejajar dengan usaha menjadikan warga emas sebagai sebahagian daripada tenaga produktif negara yang terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat, meskipun telah melepasi usia persaraan formal.Lonjakan ini bertujuan mengiktiraf potensi warga emas bukan sekadar sebagai penerima bantuan, tetapi sebagai ejen pembangunan komuniti yang masih mampu berdaya saing jika diberi peluang, latihan dan sokongan bersesuaian. Ia juga memainkan peranan penting dalam menangani kemiskinan bandar dalam kalangan warga emas, mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial jangka panjang, serta menggalakkan pendekatan penuaan yang aktif, produktif dan bermaruah.Seiring dengan pelaksanaan pelbagai strategi dan inisiatif di bawah lonjakan ini, menjelang tahun 2030, Wilayah Persekutuan disasarkan untuk mencapai beberapa hasil utama dengan tekad untuk melahirkan komuniti warga emas yang aktif dan berdaya saing melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berfokuskan ekonomi, pekerjaan dan keusahawanan. Seramai 1,000 warga emas disasarkan untuk ditempatkan dalam pekerjaan separuh masa yang sesuai dengan kemampuan mereka, manakala 300 individu bakal menerima insentif lesen tapak perniagaan bagi menjalankan aktiviti ekonomi secara sah. Dalam usaha memperkasa keusahawanan mikro, sebanyak 500 warga emas akan menerima geran di bawah inisiatif USAHAEMAS-WP bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil. Di samping itu, 15 kebun komuniti baharu akan diwujudkan dengan penglibatan aktif warga emas sebagai ruang ekonomi komuniti yang lestari, manakala 10 koperasi EMASKOOP-WP yang aktif dan berdaya saing akan ditubuhkan sebagai platform sokongan perniagaan bersama. Bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang, lima penerima Anugerah EMASpreneur-WP akan dipilih atas kejayaan dalam bidang keusahawanan sosial, manakala 10 ruang budaya dan kesenian warga emas akan diaktifkan sebagai medan penjanaan pendapatan berasaskan warisan dan ekspresi kreatif.tetapi juga meningkatkan daya tahan kewangan mereka. Ia seiring dengan prinsip pembangunan mampan dan kerangka CHASE City, yang menggalakkan penglibatan warga emas dalam kehidupan ekonomi dan sosial secara aktif, bermakna dan inklusif. Maka, lonjakan ini bukan sahaja penting sebagai dasar intervensi sosial, tetapi sebagai asas kepada transformasi struktur masyarakat yang menghargai sumbangan semua lapisan umur.99
                                
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114