Page 104 - Demo
P. 104


                                    LONJAKAN 3 PENUAAN POSITIFLonjakan Penuaan Positif merupakan inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kesejahteraan psikososial dan spiritual warga emas secara holistik. Ia menekankan bahawa kesejahteraan warga emas bukan hanya terletak pada aspek kesihatan fizikal semata-mata, tetapi turut melibatkan kestabilan emosi, kekuatan jati diri, hubungan sosial yang berkualiti, serta kesedaran rohani yang mendalam. Dalam konteks ini, warga emas dilihat bukan sebagai beban atau penerima bantuan, sebaliknya sebagai individu yang masih berdaya, dihargai dan mampu menyumbang kepada komuniti.Melalui tiga strategi utama iaitu memperhebat advokasi dan pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan kesejahteraan emosi dan spiritual, serta membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan harian, lonjakan ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga emas menjalani kehidupan yang bermakna, selamat dan terhormat. Inisiatif seperti peningkatan literasi kendiri, penyediaan ruang rohani dan terapeutik, serta penggunaan media digital sebagai platform kesedaran akan menjadi pemacu kepada pencapaian matlamat ini.Pelaksanaan lonjakan ini juga sejajar dengan aspirasi Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Sosial Negara 2030, serta berpaksikan nilai Malaysia MADANI yang menekankan ihsan, kasih sayang dan penghormatan terhadap warga emas. Ia menjadikan penuaan bukan sekadar proses biologikal, tetapi sebagai fasa kehidupan yang bernilai dan terus relevan. Dengan pendekatan yang inklusif dan menyeluruh, Lonjakan Penuaan Positif berupaya membina komuniti mesra usia yang sejahtera, berperikemanusiaan dan saling menghormati menjelang tahun 2030.93
                                
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108