Page 107 - Demo
P. 107
ISUIsu kemiskinan, ekonomi dan pekerjaan dalam kalangan warga emas merupakan cabaran penting di Malaysia khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Lonjakan Penuaan Produktif ini menuntut perhatian serius terhadap isu ekonomi dan kemiskinan, terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Laporan Household Income and Basic Amenities Survey oleh Jabatan Perangkaan (2012) menunjukkan kadar kemiskinan dalam kalangan warga emas adalah 1.96%, hampir dua kali ganda kadar kemiskinan golongan muda yang berada pada tahap 0.79%. Di Wilayah Persekutuan, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi tahun 2022 ialah RM2,816 (Kuala Lumpur), RM2,450 (Putrajaya), dan RM2,576 (Labuan), mencerminkan tekanan kos sara hidup bandar yang tinggi (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2023). Warga emas, khususnya yang tidak mempunyai pencen tetap atau hidup bersendirian, lebih cenderung kepada kemiskinan. Sementara itu status sosioekonomi yang rendah dalam kalangan warga emas berkait rapat dengan masalah kesihatan, kekurangan nutrisi dan kecerdasan yang merosot.Selain itu, laporan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan lebih 6.1 juta pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, manakala hanya 29% warga emas menerima pencen tetap (KWSP, 2022). Ini mengakibatkan ramai warga emas terpaksa terus bekerja selepas umur persaraan. Menurut kajian oleh Institute of Strategic and International Studies (ISIS Malaysia), sebanyak 26.1% warga emas masih bekerja, kebanyakannya dalam sektor tidak formal atau sambilan (ISIS Malaysia, 2023).Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti Bantuan Warga Emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM500 sebulan), namun ia belum mencukupi untuk menampung keperluan di bandar besar (JKM, 2023). Cadangan seperti skim pekerjaan separa masa, mikro kredit mesra warga emas dan insurans kesihatan khas perlu diperluas sebagai langkah jangka panjang. Secara keseluruhannya, warga emas di Wilayah Persekutuan memerlukan strategi intervensi yang komprehensif bagi memastikan mereka dapat menua secara aktif, bermaruah dan berdikari dalam persekitaran bandar yang mencabar.LONJAKAN 4 PENUAAN PRODUKTIF96

