Page 109 - Demo
P. 109


                                    Selaras dengan kerangka CHASE City, usaha untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan keterlibatan ekonomi warga emas perlu menekankan bandar yang inklusif, selamat dan menyokong kehidupan produktif dalam kalangan semua lapisan umur. Dimensi Advance City memperkukuh penglibatan warga emas dalam aktiviti ekonomi dalam menyokong keperluan latihan digital untuk peluang keusahawanan moden dan Safe City menjamin persekitaran pekerjaan yang bebas diskriminasi umur. Justeru, kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan komuniti amat penting bagi memastikan setiap warga emas, khususnya di Wilayah Persekutuan, dapat menikmati masa tua yang lebih sejahtera, berdikari dan bermaruah.KEPENTINGANLonjakan Penuaan Produktif merupakan salah satu teras utama dalam Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan yang berfokus kepada usaha meningkatkan keupayaan ekonomi dan kemahiran warga emas secara berdaya saing. Kepentingan lonjakan ini sangat besar kerana ia bukan sahaja menangani isu kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan warga emas, tetapi turut mengiktiraf potensi warga emas sebagai penyumbang aktif kepada pembangunan komuniti dan ekonomi negara.Lonjakan ini penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada warga emas, sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan dan menampung kos sara hidup pasca-persaraan. Ramai warga emas, khususnya yang tidak menerima pencen tetap atau mempunyai simpanan KWSP yang rendah, amat bergantung kepada peluang ekonomi untuk terus berdikari. Dengan menyediakan latihan dan kemahiran semula yang relevan, inisiatif ini membolehkan warga emas terus menyumbang kepada ekonomi secara aktif dan bermaruah.Strategi ini memperkukuh keterlibatan warga emas dalam ekonomi komuniti, termasuk melalui platform keusahawanan sosial. Pendekatan ini menyumbang kepada kelestarian ekonomi lokal sambil memenuhi tujuan sosial, seperti membantu kelompok rentan lain dan mengukuhkan semangat solidariti komuniti. Ini sejajar dengan konsep ekonomi inklusif yang turut didorong dalam pelbagai dasar pembangunan bandar mesra usia.Lonjakan ini mengiktiraf potensi warga emas dalam bidang industri kreatif, termasuk aktiviti kebudayaan dan kesenian. Sumbangan warga emas dalam sektor ini bukan sahaja bernilai dari sudut ekonomi, tetapi juga dari sudut pemeliharaan identiti budaya, perpaduan sosial dan pewarisan nilai-nilai komuniti. Aktiviti ini juga mampu memberi kepuasan psikososial dan meningkatkan kesejahteraan emosi warga emas.Secara keseluruhan, penuaan produktif adalah pendekatan strategik yang bukan sahaja mengurangkan kebergantungan warga emas terhadap bantuan sosial, LONJAKAN 4 PENUAAN PRODUKTIF98
                                
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113