Page 64 - Demo
P. 64
Kerangka Pelan ini merupakan pendekatan tindakan berstrategi berimpak yang dipadankan dengan Naratif Ekonomi MADANI dan dibangunkan untuk menangani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan persekitaran global dan domestik yang mempengaruhi ekonomi dan sosioekonomi di Wilayah Persekutuan. Langkah kelangsungan ekonomi dan sosioekonomi bagi Wilayah Persekutuan telah dirancang untuk dilaksanakan bagi menangani isu-isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi di Wilayah Persekutuan. Hal ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada jentera pentadbiran Wilayah Persekutuan yang dikemudi oleh Jabatan Wilayah Persekutuan memastikan usaha-usaha tindakan di bawah Kerangka Pelan perlu dapat melengkapi dan memenuhi keperluan kerangka ekonomi dan sosioekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat Wilayah Persekutuan. Jabatan Wilayah Persekutuan tidak berkeseorangan dalam pelaksanaan semua usaha-usaha ini. Pendekatan keseluruhan negara (whole of nation approach)adalah pendekatan yang akan diambil kira dalam melaksanakan semua inisiatif yang dirancang. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif akan melibatkan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, industri, masyarakat, komuniti dan individu dalam melaksanakan sesuatu misi bagi mencapai matlamat yang sama. Pendekatan ini penting dalam memastikan keberkesanan dan kejayaan dapat dicapai serta memastikan bahawa semua pihak mendapat manfaat secara bersama.Penutup61