Page 63 - Demo
P. 63


                                    Mesyuarat Hala Tuju Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi yang diadakan dari 17-18 Januari 2025 telah melibatkan kehadiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama semua Pengurusan Tertinggi JWP dan Ketua-Ketua Agensi. Mesyuarat yang julung kalinya diadakan ini adalah amat penting serta bertepatan dengan aspirasi Jabatan dan telah mencapai matlamat dan objektif seperti yang diharapkan. Mesyuarat ini menjadi platfom penting kepada YB Menteri, JWP dan Agensi bagi membincangkan refleksi pencapaian tahun 2024 serta penetapan hala tuju serta fokus utama JWP dan Agensi untuk tahun 2025 dan tahun-tahun seterusnya. Perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini telah diselaraskan perancangannya dalam Kerangka Pelan Hala Tuju CHASE City ini untuk dilaksanakan bagi tempoh 2025 sehingga 2029. Melalui mesyuarat ini juga, YB Menteri telah menekankan kepada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semua dalam melaksanakan tugasan:i. Mengurangkan kerenah birokrasi dengan melaksanakan %u201cNo Wrong Door Policy%u201d dan melaksanakan %u201cBusiness Process Reengineering%u201d;ii. Melaksanakan %u201cSynchronised Thinking%u201d dengan semua Agensi agar berkongsi matlamat yang sama; daniii. Membudayakan %u201cCreative and Proactive Thinking%u201d dalam melaksanakan tugasan.Sementara itu, antara intipati penting seperti yang telah dinyatakan oleh YB Menteri pada mesyuarat tersebut adalah berkaitan inisiatif dan program CHASE City bagi tahun 2025 yang perlu lebih diambil perhatian oleh semua Agensi seperti berikut:Clean CityMeneruskan program-program berkaitan kebersihan seperti program Bersih Setiap Tempat (BeST), penambahbaikan tong sampah serta pewujudan tandas pintar;Healthy City Pewujudan Blueprint Warga Menua Wilayah Persekutuan (Ageing Society), loji sisa kumbahan bagi keselamatan makanan, program dan kempen berkaitan pengurangan gula dalam makanan dan pembudayaan kepada program sukan dan riadah bersama komuniti.Advance CityPelaksanaan Smart Labuan dan menyokong data driven decision making dalam Putrajaya Urban Observatory (PUO)/ Kuala Lumpur Command & Control Centre(KLCCC).Safe City Pelaksanaan KL Strike Force, pengintegrasian CCTV swasta kepada KLCCC dan pengenalan semula Polis Pelancong di kawasan strategik.Eco Friendly CityPenanaman semula pokok-pokok, penambahbaikan taman lama komuniti, programzero waste serta menggantikan bangunan atau tapak terbiar kepada taman sementara atau kawasan terbuka.Fokus Tahun 202560
                                
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67