Page 59 - Demo
P. 59
Pewujudan dan pelaksanaan dasar yang inklusif dan mampan merupakan pendekatan yang akan menekankan keadilan sosial, perlindungan alam sekitar dan pembangunan ekonomi yang berterusan. Dasar yang inklusif dan mampan akan memastikan setiap individu dan warga Wilayah Persekutuan diberikan peluang yang sama untuk berkembang maju dan kemajuan yang dicapai tidak akan sesekali melupakan kepada kelestarian alam semula jadi untuk dinikmati generasi akan datang.Pemboleh daya yang dikenal pasti dan dinyatakan di dalam Kerangka Pelan seperti di rajah 4 berperanan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan semua inisiatif-inisiatif serta program yang telah dirancang oleh JWP dan Agensi. Penetapan dasar yang inklusif dan mampan, kecekapan dan pelaksanaan tadbir urus yang baik, penggunaan teknologi terkini, ketepatan data yang berintegriti dan pembudayaan etika kerja dengan nilai HARMONI boleh diupayakan untuk menjadi pemangkin dalam memacu kejayaan pelaksanaan CHASE City.PembolehDayaDasar Iklusif dan MampanNilai HARMONITadbir Urus TerbaikTeknologi TerkiniData BerintegritiDasar Inklusif dan MampanRajah 4: Pemboleh Daya Pelan Hala Tuju CHASE CityPemboleh Daya56