Page 60 - Demo
P. 60


                                    Tadbir urus terbaik merangkumi pelaksanaan kepada prinsip-prinsip pentadbiran dalam pengurusan organisasi yang dilakukan dengan cara yang telus, beretika, bertanggungjawab dan dengan tatakelola yang betul. Ciri-ciri utama tadbir urus yang baik adalah seperti pengurusan dan penggunaan sumber yang optimum, pengagihan, pelaburan dan penjanaan sumber kewangan dengan cara yang efektif dan efisien, ketersediaan dan pengekalan bakat yang berkesan, pelaksanaan program komunikasi yang strategik dan pentadbiran berintegriti yang dilaksanakan dengan sifat jujur dan beretika serta menghindari sebarang bentuk rasuah atau penyelewengan.Tadbir Urus TerbaikKerajaan boleh mengambil peluang terhadap perkembangan teknologi terkini bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan efisiensi seperti teknologi Artificial Intelligence (AI), teknologi Internet of Things (IoT), teknologi blockchain, robotik dan lain-lain. Teknologi terkini yang diaplikasikan secara tepat dan berkesan memainkan peranan yang penting dalam mentransformasi perkhidmatan Kerajaan menjadi lebih baik daripada sedia ada dan seterusnya akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat.Teknologi TerkiniData berintegriti membawa maksud data yang tepat, konsisten dan boleh dipercayai. Data berintegriti amat penting kerana ia memainkan peranan yang kritikal dalam pembuatan keputusan Kerajaan yang tepat dan boleh dipercayai. Selain itu, data yang berintegriti akan membantu organisasi Kerajaan kekal mematuhi peraturan, akta dan undang-undang sedia ada selain menjadi asas kepada keperluan untuk memahami keperluan dan kehendak pelanggan dan pemegang taruh dengan lebih baik.Data BerintegritiPemboleh Daya57
                                
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64