Page 61 - Demo
P. 61
Bagi memastikan semua rangka kerja dan tindakan di bawah Kerangka Pelan dapat dilaksanakan dengan jayanya, budaya kerja berteraskan kepada nilai HARMONI seperti yang diperkenalkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hendaklah diterapkan dalam diri semua warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi di bawahnya. Nilai-nilai baik ini amat penting untuk dijadikan sebagai panduan dan pegangan semua bagi memastikan visi dan misi CHASE City dapat direalisasikan. H %u2013 HormatBudaya hormat menghormati memerlukan kita untuk menghargai semua individu tanpa memandang perbezaan.A- AdilNilai adil perlu menjadi komitmen kita semua terhadap layanan yang saksama. Keadilan perlu menjadi cahaya panduan kita.R %u2013 ResponsifPendekatan responsif ini bermakna tindakan yang dilaksanakan mestilah tepat pada masanya dan berkesan.M %u2013 MampanKomitmen kami terhadap kemampanan Wilayah Persekutuan adalah untuk mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik demi generasi masa hadapan.O %u2013 Orientasi RakyatOrientasi rakyat dengan memberikan keutamaan kepada keperluan dan kepentingan rakyat.N %u2013 Nilai Empati Empati adalah kunci penting dalam perkhidmatan awam kerana ia membolehkan kita selami denyut nadi hidup rakyat.I %u2013 IntegritiIntegriti adalah asas profesionalisme yang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam tindakan kita.H A R M O N INilai HARMONIPemboleh Daya58