YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, mengadakan lawatan ke Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi meninjau kemudahan yang disediakan untuk penghuni.
Dengan kadar sewaan serendah RM100 sebulan dan kapasiti 319 katil, kediaman transit ini menyediakan tempat tinggal yang selesa dan mampu milik untuk belia yang bekerja atau menjalani latihan industri di Kuala Lumpur.
Inisiatif ini turut membantu meringankan beban kos sara hidup serta menyokong golongan belia dalam membina kerjaya di ibu kota.