YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), hadir ke Majlis Perasmian Bazar Mega Deepavali 2026 Brickfields bersama YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Bazar yang berlangsung dari 9 Oktober hingga 7 November 2026 ini menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan barangan persiapan Deepavali buat para pengunjung.
Semoga penganjuran bazar ini terus memeriahkan sambutan Deepavali, mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta memberi manfaat kepada peniaga tempatan. ✨