Tirai Sesi Penilaian Semula Labuan Geopark sebagai Geopark Kebangsaan (12–14 Oktober 2026) telah dibuka secara rasmi dengan ketibaa panel penilai daripada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.
Hari pertama bermula dengan aura cukup positif menerusi lawatan ke rakan strategik Labuan Geopark, iaitu Farm Shop. Lawatan ini menonjolkan peranan rakan strategik tempatan dalam menyokong amalan kelestarian serta ekonomi hijau di pulau ini.
Agenda diteruskan pada sebelah petang dengan sesi pembentangan laporan kemajuan dan status penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan bersama agensi pelaksana bagi memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan.
Menutup tirai hari pertama, panel penilai diraikan dalam Program Malam Kebudayaan anjuran JPKK Kampung Belukut. Sesi ini memperlihatkan kekuatan komponen 'bio-budaya' Labuan Geopark melalui kepelbagaian gastronomi asli kepulauan serta persembahan seni warisan masyarakat setempat. Penglibatan aktif komuniti membuktikan bahawa denyut nadi Labuan Geopark sentiasa dekat di hati warganya.
Doakan kejayaan Labuan Geopark agar kekal cemerlang bagi mengekalkan status berprestij ini!Â